Wednesday, July 16, 2008

Pengertian

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Bab Pertama: Konsep Tamadun Islam

1.1 Pengertian Tamadun Islam

Apabila membincangkan tentang Tamadun Islam perkara yang penting ialah memberi pengertian tentang makna Tamadun, makna Islam dan makna Tamadun Islam dari segi bahasa dan juga dari sudut istilah.

1.1.1 Bahasa

Dari sudu bahasa Tamadun ertinya kemajuan atau civilization. Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti ‘umran, hadharah dan madaniah.

1.1.2 Istilah

Dari sudut istilah pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebenaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.

1.2 Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan, asas ‘ubudiyah, asas syariah dan asas akhlak. Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah bertunjankan kepada keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t. dalam masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan keapda al Quran.

1.2.1 Akidah

Dalam Tamadun Islam perkara asas ialah akidah iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian hendaklah berasaskan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah s.w.t. mereka juga diwajibkan beriman kepada rukun-rukun iman yang lain iaitu percaya kepada kitab-kitab, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan rasul-rasul, hari akhirat dan qada qadar. Kesemua rukun iman berlaku serentak dalam diri.

Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa patuh dan taat perintah Allah s.w.t. Malaikat merupakan contoh makhluk yang sentiasa taat perintah Allah s.w.t. Oleh itu segala aktiviti hendaklah mengikut perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Malaikat juga diberikan tugas seperti mencatat amalan manusia, memberi rezeki kepada manusia, mencabut nyawa, memikul arasy, menjaga syurga, menjaga neraka dan sebagainya. Mereka sentiasa patuh perintah Allah s.w.t.

Selain itu pemakmur muka bumi ini beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan manusia dalam memakmurkan muka bumi ini. Garis panduan itu berupa perintah suruhan dan larangan. Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran. Di dalam al Quran dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.

Keimanan kepada rasul-rasul merupakan perkara penting dalam mentamadunkan muka bumi ini. Dengan keimanan itu akan menjadikan rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s.w.t. dalam membangunkan muka bumi.

Manusia yang sesat dari ajaran Allah s.w.t. adalah mereka yang tidak memperdulikan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul. Sebagai contoh walaupun Fir’aun membangunkan bandar Mesir dengan kemajuan piramit yang kita dapat saksikan hingga hari ini tidak dianggap bertamadun kerana mereka tidak beriman kepada nabi.

Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh kepada manusia seluruhnya. Jika ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak dihiraukan maka kemajuan yang dicapai itu tidak akan bermakna sama sekali di sisi Allah s.w.t.

Kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikirkan tentang hari pembalasan. Oleh kerana itu apa aktiviti yang dilakukan hendaklah bermuhasabah atau mengkaji adakah diredhai oleh Allah s.w.t. atau tidak. Jika mereka tidak mahu memikirkan perkara itu maka manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan kehendak hawa nafsu mereka.

Keimanan kepada qada dan qadar juga asas tamadun kerana dengan keimanan kepada qada dan qadar itu umat Islam tidak akan mudah berputus asa menghadapi kesulitan yang ada. Di samping berusaha dengan gigih umat Islam sentiasa menyerahkan kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui segala-galanya. Orang yang tidak beriman kepada takdir akan berasa keciwa atas segala usaha yang mereka lakukan tidak berhasil. Pada hal jika mereka melakukan dengan ikhlas dan berserah kepada Allah s.w.t. maka walau pun kurang berhasil oleh kerana beriman kepada takdir ini mereka yang akan bersabar dan atas kesabaran itu mereka akan dapat pahala di sisi Allah s.w.t.

1.2.2 Ibadah

Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. Itulah tujuan asal kehadiran mereka membangunkan muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t. Maka semua aktiviti manusia sama ada yang berupa urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah. Membangunkan muka bumi juga dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang negara. Rasulullah s.a.w. telah membimbing para sahabat supaya berniaga cara yang betul seperti tidak ada penipuan atau riba. Baginda s.a.w. membimbing cara bercucuk tanam, menternak dan sebagainya sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. iaitu bimbingan mengeluarkan zakat, sedekah dan membelanjakan keapda jalan yang diredhai Allah s.w.t. Kesemua ini adalah dianggap sebagai ibadah di sisi Allah s.w.t.

1.2.3 Syariah

Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan keapda syarak. Al Quran dan al Hadith adadalah sebagai rujukan utamal dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith.

Walaupun tidak semua perkara ada di dalam al Quran dan al Hadith tetapi jika melalui proses ijtihad kita akan menemui peraturan-peraturan berkenaan selagi mana kita ikhlas kepada Allah s.w.t. untuk mengikut hukum Allah s.w.t. Pintu ijtihad sentiasa terbuka keapda umat Islam untuk mencari kaedah dan hukum yang baru kerana terdapat perkara-perkara baru muncul seperti masalah internet, elektronik, comunikasi, klon dan sebagainya.

Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti pembinaan, perkapalan, angkasa lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat. Maka ini telah memberi peluang kepada umat Islam supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

1.2.4 Akhlak

Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Membina tamadun mestilah berasaskan keapda akhlak. Tanpa akhlak yang mulia tidak akan bermakna tamadun manusia. Dalam lain perkataan tanpa akhlak yang mulia manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian. Kerohanian adalah suatu yang penting merangkumi akidah, syariat dan akhlak umat Islam. Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni.

Dalam Islam telah dihuraikan dengan panjang lebar mengenai akhlak ini termasuklah dalam membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, sopan santun, merendah diri, berkasih sayang, redha, meredhai dan sebagainya. Semua sifat-sifat terpuji atau mahmudah ini perlu ada kepada setiap umat Islam. Kepada umat Islam yang menjiwai sifat yang terpuji ini mereka akan melahirkan diri yang soleh, keluarga yang soleh dan masyarakat yang soleh. Dengan itu akan lahirlah negara yang berkat. Melalui inilah tegaknya Tamadun Islam atas dasar akhlak yang mulia. Sebaliknya Tamadun Islam akan hancur jika umat Islam mengabaikan akhlak mulia seperti dengki, bakhil, sombong, ‘ujub, riya’, gopoh, malas, tamak, khianat, dusta, mungkir janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.

1.3 Sumber Tamadun Islam
1.3.1 Al Quran

Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun dan kemajuan Saba’

Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara kemajuan kebendaan dan kerohanian.

Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.

Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam menghalalkan jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

1.3.2 Al Hadith
Dari sudut bahasa Hadith ertinya percakaan. Sunnah ertinya cara hidup. Dari sudut istilah hadith atau sunnah ertinya segala yang keluar dari Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan atau pengakuan terhadap para sahabat baginda.

Rasulullah s.a.w. sebagai model yang baik dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan, ketenteraan dan sebagainya. Berdasarkan wahyu ilahi baginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku baginda s.a.w.

Dalam bidang Politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang politik yang bertamadun. Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman, penganayaan dan sebagainya. Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah, penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.

Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik dalam ekonomi. Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya tidak menipu dan riba dalam perniagaan. Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya. Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.

Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial. Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga. Hingga baginda mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga. Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

1.3.3 Al Ijtihad
1.4 Matlamat Tamadun Islam
1.4.1 Hamba
1.4.2 Khalifah
1.5 Ciri-ciri umum Tamadun Islam
1.5.1 Rabbani
Islam datangnya dari Allah s.w.t. maka segala peraturan, sumber dan matlamat hidup manusia adalah berpandukan kepada yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Segala pencapaian oleh umat Islam adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

1.5.2 Syumul
Ajaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan iaitu akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Pencapaian umat Islam dalam tamadun hendaklah sesuai dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

1.5.3 Universal
Ajaran Islam amat sesuai diamalkan di semua tempat, masa dan keadaan. Jika ajaran Islam diamalkan dengan sempurna dan menyeluruh pasti mereka mencapai kemajuan walaupun di mana mereka berada atau di mana-mana zaman atau dalam apa jua keadaan.

1.5.4 Tetap
Islam sebuah agama yang telah ditetapkan dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Walaupun mereka berada dalam apa keadaa, zaman atau tempat mereka tetapi wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan itu. Sama sekali tidak ada perubahan walaupun zaman berubaha syariat Islam tidak akan berubah.

1.5.5 Anjal
Walaupun dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islam tetap dan tidak berubah hingga ke hari kiamat, namun dari sudut teknik pelaksanaan boleh berubah atas sebab-sebab yang syar’i.

1.5.6 Logik
Dalam al Quran banyak mengajak manusia supaya berfikir. Islam adalah agama yang logik yang ‘akliah boleh difikirkan dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak.

1.5 Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam
1.5.1 Penulisan
1.5.2 Seni bina
1.5.3 Sains dan teknologi
1.5.4 Bandar
1.5.5 Masyarakat majmuk

a. Hak untuk hidup; agama Islam melarang membunuh sesama manusia secara sesuka hati. Ajaran Islam amat menghormati nyawa sesama manusia.

b. Hak kebebasan; setiap individu dilahirkan dalam keadaan bebas. Ajaran Islam melarang manusia mengganggu ketenteraman manusia lain.

c. Hak maruah; setiap manusia mempunyai harga diri dan maruah. Ajaran Islam melarang mereka mencaci maki dan menjatuhkan maruah manusia yang lain.

d. Hak berfikir; setiap orang bebas berfikir dan mengeluarkan pendapat asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

e. Hak sama rata; dalam ajaran Islam semua manusia adalah sama dan tidak ada perbezaan sama ada dari sudut bangsa, bahasa, keturunan, pangkat atau sebagainya. Jika ada kemuliaan seseorang itu di sisi Allah s.w.t. hanyalah dari sudut ketakwaan.

f. Hak keadilan; menurut al Quran dan al Hadith Rasulullah s.a.w. semua anggota masyarakat adalah terikat kepada undang-undang Islam. Setiap orang berhak membela diri dan mendapat perlindungan daripada pemerintah. Seseorang yang dihadapkan kemuka pengadilan tidak akan dianggap bersalah sebelum dapat dibuktikan kesalahannya.


1.5.6 Seni
1.5.7 Sastera
1.5.8 Bahasa
1.6 Faktor Kecemerlangan Tamadun
1.6.1 Keimanan
1.6.2 Ilmu
1.6.3 Amal
1.6.4 Jihad
1.6.5 Iltizam
1.6.6 Pengawasan
1.7 Faktor Keruntuhan Tamadun
1.6.1 Kejahilan
1.6.2 Perpecahan
1.6.3 Kelalaian
1.6.4 Kekuatan musuh
1.8 Konsep Tamadun Barat
1.8.1 Definisi Tamadun Barat
1.8.2 Sejarah dan Falsafah Tamadun Barat
1.8.3 Dasar Tamadun Barat
1.8.4 Perbezaan Asas Tamadun Islam dan Barat
1.9 Keistimewaan Tamadun Islam
1.9.1 Ajaran Islam Melahirkan Tamadun
Pada mulanya bangsa Arab adalah satu bangsa yang paling mundur di dunia. Apabila Allah s.w.t. menurunkan agama Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. maka sejak dari itu hingga sekarang Arab menjadi negara bertamadun. Di sini dapat kita saksikan bahawa agama Islam itu sendiri yang melahirkan tamadun Islam di bumi Arab.

1.9.2 Ajaran Islam Malahirkan Kebudayaan Islam
Rasulullah s.a.w. telah menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat Arab jahiliah hingga telah berjaya mengubah cara hidup orang Arab jahiliah daripada hidup yang berpindah randah kepada hidup menetap. Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah mereka daripada hidup yang sering bermusuhan sesama sendiri kepada hidup berkasih sayang. Melalui ajaran Islam yang telah dijadikan sebagai cara hidup itu telah berjaya mengubah cara hidup orang Arab jahiliah kepada berakhlak mulia dan tinggal menetap di bandar yang hidup maju secara seimbang dalam aspek tamadun kerohanian serta kebendaan.

1.9.3 Tamadun Islam Sentiasa Berkembang
Sejak Rasulullah s.a.w. diperintahkan berhijrah ke Madinah bandar-bandar Islam telah berkembang ke seluruh rantau seperti munculnya bandar Kaherah, Baghdad, Cordova dan hingga ke Nusantara iaitu bandar Melaka, Acheh dan sebagainya.

1.9.4 Wujudnya Kesatuan Ummah
Tamadun Islam didirikan oleh umat Islam yang berada di seluruh pelusuk dunia. Setiap muslim bertanggung jawab memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara berpandukan kepada syari’at Islam.


Bab Kedua: Nilai-Nilai Universal Dalam Tamadun
2.1 Kepercayaan
2.2 Keilmuan
2.3 Akhlak
2.4 Ekonomi/Kebendaan
2.5 Kerja
2.6 Kemanusiaan
2.7 Keadilan
2.8 Kekeluargaan
2.9 Alam Sekitar

Bab Ketiga: Interaksi AntaraTamadun
3.1 Faktor Interaksi
3.2 Keserasian antara tamadun
3.3 Penjajahan
3.4 Perdagangan
3.5 Pendidikan
3.6 Perkahwinan
3.7 Ibadah/ziarah
3.8 Kesan Positif
3.9 Kesan Negatif

Bab Keempat: Pencapaian Umat Islam Dalam Tamadun
4.1 Ilmu Pengetahuan
4.1.1 Agama
4.1.2 Sains dan teknologi
4.1.3 Sastera
4.2 Masyarakat
4.2.1 Ibadah
4.2.2 Muamalah
4.2.3 Munakahat
4.2.4 Jenayat
4.3 Negara
4.3.1 Politik
4.3.2 Ekonomi
4.3.3 Sosial
4.3.4 Ketenteraan
4.3.5 Pendidikan
4.4 Perbandaran
4.4.1 Masjid
4.4.2 Pentadbiran
4.4.3 Kota Raya
4.4.4 Pasar
Bab Kelima: Penutup

Daftar Istilah
Islam ertinya tunduk dan patuh perintah Allah s.w.t. sama ada patuh melaksanakan atau patuh meninggalkan larangan. Orang yang melaksanakan perintah Allah s.w.t. itu disebut sebagai Muslim.
Agama ertinya kepercayaan kepada Tuhan. Agama Islam bererti al Din iaitu cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
Tamadun ertinya kemajuan. Tamadun Islam bererti kemajuan yang dicapai oleh umat Islam seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian berpandukan kepada al Quran dan al Hadith.
Ibadah ertinya amalan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan keredhaanNya.


Rujukan

1 comment:

farnalljacquez said...

Graton Casino & Hotel - Mapyro
Graton Casino 안산 출장마사지 & Hotel kadangpintar in Ridgefield, TN is 포항 출장안마 located in 15406 S. Gary St in Gary, TN. Find reviews and 당진 출장마사지 discounts 안양 출장안마 for AAA/AARP members, seniors,